Disclaimer

Segala perkongsian saya dalam blog ini terutamanya mengenai produk Shaklee bukanlah bertujuan untuk merawat, menyembuhkan atau menganalisa apa juga masalah dan penyakit. Segala penulisan di dalamnya adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan carian maklumat saya lakukan.

Carian maklumat yang dimaksudkan adalah daripada kaji selidik yang dijalankan oleh orang lain atau saya sendiri, testimoni, pembacaan artikel mahupun jurnal penyelidikan dan pengalaman hands on. Segala informasi akan dipautkan dengan sumber rujukan sah untuk kepuasan pembaca.

Maklumat di dalam blog ini tidak boleh dianggap sebagai preskripsi rawatan. Pada pembaca yang merasai dan mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, disarankan berjumpa doktor untuk diagnosis dan mendapatkan rawatan susulan.

Perkongsian di dalam blog ini bukan untuk menggantikan rawatan perubatan tetapi lebih kepada menyarankan penggunaan suplemen semulajadi sebagai pelengkap nutrisi agar dapatmenambahbaik kesihatan.

“Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan. Tetapi kita adalah dalam 2 bidang berasingan. Mereka dilatih untuk merawat, saya berminat dalam memperbaiki kesihatan.”— Dr Forrest C Shaklee Sr