B Complex · Herbal Blend · Nutriferon · Ostematrix · Performance Drink · Set Haji Shaklee · Vita C Plus · Vitalea

Sihat Bertenaga Dengan Set Haji Shaklee

Musim Haji Tiba Lagi

Assalamualaikum w.b.t para pembaca 🙂

Alhamdulillah kita dah semakin hampir kepada bulan Zulhijjah, bulan di mana umat Islam yang berkemampuan mengerjakan ibadat haji. Ucap syukur kepada mereka yang dapat peluang mengerjakan haji pada tahun ini.

Perjalanan haji adalah perjalanan spiritual, tak juga perjalanan fizikal. Kesihatan dan kekuatan tubuh badan penting bagi memastikan kesempurnaan ibadah.

Antara cabaran ketika mengerjakan haji adalah perjalanannya yang panjang, cuacanya yang berbeza dengan cuaca di Malaysia, dan kumpulan jemaah yang sangat ramai dari seluruh dunia yang mungkin membawa penyakit lain. Ia sedikit sebanyak menyebabkan beberapa tindak balas oleh badan kita.

 

Masalah Kesihatan Berkaitan Perjalanan Yang Jauh

Di dalam artikel di New York Times, perjalanan menggunakan kapal terbang boleh menyebabkan dehidrasi, cirit birit, masalah penghadaman, masalah angin, dan juga sembelit.

Mengapa sembelit?

Dalam artikel tu disebut, badan kita secara unik sudah ada sistem waktu yang biasa untuk membuang. Jadi bila kita melancong atau di dalam satu perjalanan, jadual cenderung untuk berubah dan kita tidak membuang pada waktu biasa. Jadi najis di dalam usus juga boleh menjadi kering. Perbezaan dari segi pemakanan juga menjadi faktor.

Itu baru perjalanan menggunakan kapal terbang. Apabila tiba di lokasi penempatan, ada lagi cabaran yang menanti.

Mari kita lihat perkongsian oleh Master Kam Maria tentang perjalanan beliau mengerjakan haji.

94ac7310-1ec6-4d84-b3a2-9d90035d68f7

Perjalanan jauh yang kita kena buat, dari Mekah – Arafah – Muzdalifah – Mina – Mekah.

Renung dan fikir.

  • Jarak untuk TAWAF keliling Ka’abah 7 pusingan sejauh 500m – 1.0km x 7 Pusingan = 7km.
  • Jarak SAIE dari Safa ke Marwah 450m+- (ada yang kata 405m, ada yang kata 415m). 450m x 7 pusingan = 3.15km.
  • Jarak ke JAMRAH melalui terowong & jalan sepanjang 3.5KM+-.
    (Jika kena duduk di Mu’assir (Mina 2), dalam 5km -7km ke kawasan Jamrah. Pergi balik dah 10km)
  • Jarak antara JAMRAH KE JAMRAH. Ada 3 jamrah kesemuanya.
    Jarak antara Jamrah Ula ~> Jamrah Wusta 247m+-.
    Jarak antara Jamrah Wusta ~> Qubra 200m+-
    10 hb melontar di Jamrah Kubra (jamrah paling jauh, perlu melalui jamrah ula dan wusta dahulu).
    11hb, 12hb, 13hb kena melontar di ketiga-tiga jamrah.
    Khemah ke jamrah 10km x 4 hari di Mina = 40km. Jarak dalam kawasan Jamrah Ula + Wusta + Kubra = 447m x 4 hari = 1.78km

Jadi, jarak untuk mendapat haji adalah lebibh kurang sepanjang 51.93 KM.

Semua jarak di atas belum termasuk untuk ke tandas, untuk makan dan minum, jarak dari hotel ke masjid, Mudzalifah, Arafah dan lain-lain lagi.

Masa di Tanah Suci, memang kita kena banyak berjalan dan bergerak.
Cuba bayangkan, kita perlu menjalankan semua ibadah ini dalam keadaan yang sangat sesak dengan jutaan orang dari seluruh dunia. Macam-macam virus penyakit boleh berkumpul kat sini.
Cuba bayangkan, kalau sistem imun kita lemah, tak mampu melawan virus yang datang menyerang, dan jika kita terpaksa menjalani ibadah haji dalam keadaan kurang sihat?

Nauzubillah. Minta Allah jauhkan.

Jika di Malaysia pun kita jenis yang kurang bersenam, kerap demam batuk selsema, dan tiba-tiba kita pergi menunaikan haji, dengan cuaca sangat berbeza, badan kita akan mengalami “kejutan”.
Inilah puncanya Klinik Tabung Haji di sana SENTIASA PENUH dan tempoh menunggu memakan masaberjam-jam. Orang terlalu ramai. Ramai sangat yang uzur ketika berada di sana.

Demam, batuk, selsema, pening, sakit kepala, sakit lutut, sakit kaki dan macam macam lagi memang biasa, terutama golongan warga emas.

Masalah kesihatan memang boleh menjejaskan ibadah kita di sana tau

Contohnya, kita mungkin terlepas menunaikan solat berjemaah di Masjidil Haram, di mana pahala solat berjemaah adalah beratus ribu kali ganda berbanding solat di tempat lain.

Ini belum dicampur dengan pahala dan rahmat yang Allah berikan kepada mereka yang bertawaf sunat mengelilingi Kaabah atau hanya melihat Kaabah saja setiap hari pun, dah dapat pahala yang besar.

 Kalau kita tak sihat, macam mana kita nak berjalan jauh dari hotel ke Kaabah setiap hari?
Bila tak sihat, maka kita terpaksa lah ‘tersadai’ saja di hotel, atau lebih teruk, tersadai di hospital sepanjang masa.
Alangkah sayangnya jika ini berlaku pada diri kita atau ibu bapa kita, kerana mungkin ini KALI PERTAMA dan juga KALI TERAKHIR kita menunaikan ibadah haji.

Jadi, pastikan kita berusaha tingkatkan kesihatan agar dapat melakukan yang terbaik ketika di sana nanti.

Jadi apa yang jemaah haji perlukan?

Master Kam Maria telah pun mendapat pengalaman sihat bertenaga dengan set haji Shaklee.

Set ini saya ambil daripada perkongsian daripada Master Roslan yang berpengalaman mengerjakan haji, dengan sedikit tambahan point daripada saya sendiri.

Selain daripada makanan tambahan ini. Sebelum berangkat, 2-3 minggu sebelumnya jemaah perlu bersenam secara berkala untuk pastikan badan bersedia dan sentiasa fit. Jemaah juga perlu minum air yang banyak sepanjang perjalanan mengerjakan haji.

Saya senaraikan senarai produk untuk anda sihat bertenaga dengan set haji Shaklee:-

1. Ostematrix

Ostematrix adalah sumber kalsium dan magnesium. Bagi yang selalu cramp, lenguh dan kebas, wajib telan 5-6 biji sebelum tidur. Ia menguatkn tulang dan kurangkan sakit (natural tranquilizer). Ostematrix juga membantu melembutkan najis jadi tiada masa untuk sembelit 😀

2. Herbal Blend Cream

Krim Herbal Blend boleh disapu pada tumit yang pecah dan dijadikan minyak urut bagi kaki dan tangan yang lenguh sepanjang melakukan ibadah haji. Bak kata pakcik Roslan Ghazali, krim ini boleh juga disapu pada bibir yang kering dan pecah. Sapu di kepala selepas cukur bertindak sebagai ubat kelumumur.

3. Nutriferon

Nutriferon amat penting bagi meningkatkn sistem imun badan. Kos rawatan di sana mahal. Vitamin pun mahal. Batuk mereka satu bilik jika tidak dikawal. Jadi bakal jemaah haji perlu ada Nutriferon.

4. Performance Drink

Performance Drink adalah air tenaga berperisa oren yang menggantikan elektrolit yg hilang dari dalam badan. Lebih baik daripada 100 plus dan air isotonik lain yang sangat tinggi kandungan gula.

5. Sustained Release Vita C Plus

Vitamin C juga sangat berguna untuk tingkatkan sistem imun sekaligus cegah demam dan selsema. Menurut artikel di laman web International Business Times,  Vitamin C adalah antioksidan yang sangat bagus dalam mengekalkan tahap kesihatan yang baik kerana ia melawan radikal bebas. Ambil 2-3 hari sebelum berangkat.

6. B-Complex

B-Complex adalah vitamin untuk tenaga kerana ia menukar makanan kepada tenaga. Baik untuk anti-stres dan juga untuk saraf halus.

7. Vitalea

Vitalea adalah multivitamin multimineral yang baik untuk tampung diet agar cukup nutrisi keperluan harian dan juga cergaskan badan.

8. Peppermint Ginger Plus & Garlic Complex (tambahan oleh saya)

Sewaktu travel, badan kita cenderung untuk lebih berangin disebabkan beberapa faktor. Salah satunya kerana tekanan udara sewaktu di dalam kapal terbang. Jadi kedua-dua vitamin ini sangat diperlukan untuk membuang angin bagi keselesaan para jemaah haji sebelum sampai ke Arab Saudi.


Jemaah juga boleh menambah bekalan lain seperti Cinch Tea (extra fast energy), Herb Lax, Alfalfa mengikut keperluan.

Untuk makluman anda, Dato’ Ust Daud Che Ngah bekas pengarah Tabung Haji adalah pengguna setia Shaklee lebih daripada 17 tahun. Beliau ambil Vitalea 4 biji sekaligus. Master Roslan bersama-sama beliau berkongsi tentang Shaklee di kursus haji sejak tahun 1999 lagi.

Ust Daud Che Ngah pun ambil Shaklee. Jemaah haji pun perlu ambil Shaklee 😀

20448923_1517587971613296_8999478859529790850_o

Jadikan perjalanan anda atau ibu ayah anda untuk menunaikan haji satu pengalaman yang bermakna dengan kesihatan yang optima. Pilihlah untuk sihat bertenaga dengan set haji Shaklee.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan 😀

ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s