Kehamilan · Prenatal Set / Set Kehamilan

Kaedah Semulajadi Elak Kehamilan

Anda baru sahaja melahirkan anak pertama.

Sekarang anda mahu menjarakkan kehamilan tanpa menggunakan kaedah perubatan. Apa pilihan-pilihan yang ada?

Artikel ini saya petik daripada akhbar Utusan Malaysia, penulisan Dr. Nik Hazlina, Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Obstetrik & Ginekologi) Fakulti Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di Kelantan.

 


Terdapat beberapa kaedah merancang keluarga secara semulajadi yang boleh diamalkan, bergantung pada kitaran kesuburan seseorang wanita itu, dan hasilnya adalah berbeza-beza. Jika kita ingin menggunakan kaedah semulajadi ini, amat penting sekali untuk memahami bagaimana ia berfungsi dan sama ada ia sesuai untuk kita atau tidak kerana ia memerlukan komitmen dan disiplin yang lebih, berbanding dengan kaedah merancang keluarga yang lain.

1. Kaedah Ovulasi/Kaedah Mukus Serviks

Untuk menggunakan kaedah ini, seseorang wanita itu perlu merekodkan rembesan serviks untuk beberapa kitaran pada carta harian, memulakan hari selepas berhenti haid supaya menjadi biasa dengan corak pelepasan kita.

Setelah mula mengamalkan kaedah ini, kita perlu menyemak mukus serviks dua kali sehari, sebelum kencing, mengelapnya dari depan ke belakang dengan tisu dan merekodkan

  • warna (kuning, putih atau kelabu)
  • tekstur (tebal, melekit atau tegang)\
  • rasa (kering, basah atau licin)

Semasa hari pengovulan (penetasan telur), mukus serviks akan lebih jernih, banyak, menyerupai putih telur dan bila dipegang antara dua jari, ia boleh dijalurkan tanpa putus.

Tempoh paling subur adalah apabila mukus serviks jelas, boleh ditegangkan, basah dan apabila terdapat banyak mukus kelihatan seperti putih telur mentah. Jika anda hendak mengelak daripada hamil, masa yang paling selamat untuk bersama dengan suami adalah apabila anda tidak mengeluarkan apa-apa mukus serviks selepas haid berakhir dan apabila mula merasai pelepasan seterusnya.

Kaedah ini telah menunjukkan keberkesanan lebih daripada 97% dalam membantu wanita mengelakkan kehamilan, hanya bila digunakan dengan betul dan diikuti sepenuhnya.

Adalah diingatkan bahawa tidak mudah untuk menggunakan kaedah ini kerana ia memerlukan banyak pengalaman dan kesedaran pelepasan mukus serviks kita sendiri, disiplin yang ketat dan berpantang setiap bulan.

2. Kaedah Suhu Badan Basal

Related image

Suhu badan basan atau Basal Body Temperature (BBT) atau dikenali juga sebagai kaedah simptoterma, memerlukan kita memantau perubahan suhu badan basal untuk menjangka bila akan mengalami ovulasi.

Ovulasi menyebabkan sedikit peningkatan dalam BBT, kurang daripada satu darjah, dan kita berada pada tahap paling subur selama dua hingga tiga hari sebelum kenaikan suhu badan berlaku. Jadi, jika kita mendapati BBT lebih tinggi, maka kita mungkin sedang mengalami ovulasi, dalam erti kata lain, boleh hamil dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum kenaikan suhu badan dan sehingga lima hari selepas itu (kerana sperma boleh bertahan selama tiga hari di dalam salur Fallopio).

Jika mahu mengelak daripada hamil, elakkan bersama dengan suami bermula tiga hingga empat hari selepas suhu badan meningkat setiap bulan.

Sama seperti kaedah ovulasi, kaedah suhu badan perlu dilakukan dengan betul untuk menjadi efektif. Kita perlu mengukur setiap pagi selepas bangun tidur dan merekodkan bacaan pada ketas graf. Kita juga perlu menggunakan termometer suhu badan khas yang boleh dibeli daripada farmasi. Sebaik sahaja dipantau selama satu atau dua kitaran haid, corak suhu badan akan diketahui dan kita boleh meramalkan bila suhu meningkat atau berkurang.

Kaedah ini adalah 99% berkesan jika dilakukan dengan betul dan tekun. Bagaimanapun, perlu diketahui bahawa suhu badan dipengaruhi penyakit, stres, kurang tidur, pengambilan alkohol dan juga ubat-ubatan tertentu. Kita perlu mendapatkan nasihat daripada pakar sakit puan tentang cara yang betul untuk mengamalkan kaedah perancang keluarga semulajadi ini.

3. Penggunaan Kalendar Kaedah Ritma

Kaedah kalendar juga dikenali sebagai kaedah ritma, iaitu pendekatan perancangan keluarga yang paling kerap digunakan. Ia berfungsi dengan menghitung kitaran haid, supaya kita dapat meramal fasa subur dan fasa tidak subur.

Bagi menggunakan kaedah ini, pertama sekali kita perlu merekodkan bilangan hari dalam kitaran haid sekurang-kurangnya enam hingga lapan bulan supaya kita menjadi biasa dengan kitaran sendiri.

Pilih kitaran terpendek dari enam hingga lapan bulan, dan tolak 18 daripada jumlah bilangan hari.

Contoh : kitaran terpendek adalah 24 hari

24-18=6

Jadi, hari ke-6 dalam kitaran adalah hari pertama kita subur.

Kemudian, pilih kitaran terpanjang dan tolak 11 daripada jumlah bilangan hari.

Contoh : kitaran terpanjang adalah 29 hari

29-11=18

Jadi, hari ke-18 dalam kitaran adalah hari terakhir kita subur.

Hal ini bermakna, jika kita bersama dengan suami dari hari subur yang terakhir, kemungkinan untuk kita hamil adalah tinggi.

Perkara ini boleh dielakkan jika kita memilih untuk bersama luar daripada hari-hari subur.

Bukan mudah untuk mempelajari kaedah kalendar kerana ia mengambil masa lebih dari enam bulan sebelum kita boleh menggunakannya dengan betul. Kaedah ini didapati 95% berkesan jika digunakan dengan betul.


Harap perkongsian ini membantu pasangan suami isteri di luar sana yang ingin menjarakkan sedikit kelahiran anak-anak. Bak kata Prof. Harlina, a child must be planned, intended, and wanted. Wallahua’lam.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai vitamin kehamilan 😀

ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s