Vivix

5 Tips Luka Pembedahan Cepat Sembuh

Pembedahan boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pembedahan kecil (minor surgery) dan pembedahan utama (major surgery). Tidak kira mana jenis yang anda atau ahli keluarga lalui, luka pembedahan pasti akan meninggalkan rasa sakit sebaik sahaja kesan ubat bius mula berkurangan. Pesakit dan ahli keluarga perlu menerima hakikat ini.

Saya sendiri pernah menjalani major surgery caesarean section. Proses penyembuhan berjalan dengan baik dan harus ada gap 2 tahun untuk anak seterusnya untuk elak risiko uterine rupture.

Mengikut sumber website Unitypoint.org, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka pembedahan.

1. Ikut arahan doktor dan petugas kesihatan

Ia kedengaran remeh, tetapi penting untuk pesakit ikut arahan doktor. Pasti ada alasan kukuh doktor tidak izinkan anda mengangkat benda berat dalam masa beberapa minggu selepas pembedahan, atau tidak memandu. Mungkin anda rasa okey je secara fizikal, tapi anda tak pasti status pemulihan bahagian dalam luka pembedahan itu. Kegagalan untuk patuh arahan doktor berisiko menyebabkan jangkitan, koyakan atau pendarahan.

2. Patuh jadual temujanji

Walaupun anda mungkin rasa sihat dan “macam elok aje”, penting untuk hadiri temujanji dengan doktor. Doktor boleh periksa keadaan luka pembedahan dan darah anda untuk pastikan tiada jangkitan.

3. Minta bantuan orang terdekat

Penting untuk pastikan rasa sakit daripada luka pembedahan itu tolerable dan boleh ditanggung. Rasa sakit yang perit dan berlebihan menunjukkan adanya risiko bloodclotting atau pneumonia. Jika anda dalam kesakitan, minta bantuan keluarga atau orang terdekat dalam urusan seharian.

4. Bergerak (dengan berhati-hati)

Pengalaman diri sendiri selepas c-sect tahun lepas, saya disuruh berdiri dan berjalan 14 jam selepas pembedahan. Perit, sakit. Menitik air mata ke lantai. Tapi, keluarga dan nurse tak henti beri sokongan.

Untuk apa?

Untuk elak blood-clot dan galakkan bowel movement atau buang air besar. Balik rumah kena bergerak dan berjalan sekali sekala untuk cegah sebarang komplikasi.

5. Jaga pemakanan

Kebiasaanya selepas pembedahan pesakit akan rasa letih, mabuk dan alami sembelit. Sesetengah makanan mampu menyelesaikan masalah-masalah ini dan mempercepatkan proses pemulihan. Antaranya:

  • Protein

Protein memainkan peranan penting dalam penyembuhan luka. Jadi cuba dapatkan sumber protein daripada telur, ayam dan lain-lain.

  • Vitamin C dan Zink

Sesetengah kajian mendapati Vitamin C dan Zink mampu mempercepatkan proses pemulihan luka, jadi boleh cuba dapatkan ia daripada sumber buah-buahan dan sayur-sayuran.

  • B-12 dan Iron

Kedua vitamin ini bantu membina sel darah baru, di mana penting untuk elak keletihan. Dapatkan keduanya daripada ikan dan telur.

  • Serat dan probiotik

Makan makanan yang kaya serat seperti lobak merah, oat dan probiotik seperti tempe, yogurt, apple cider untuk sistem imun.


Saya nak berkongsi cerita tentang seorang kawan saya. Di awal kehamilannya, doktor menemui fibroid dan menasihatkan beliau untuk “terminate the pregnancy” untuk keselamatan ibu. Namun beliau putuskan untuk teruskan kehamilan dan menjalani pembedahan. Fibroid berjaya dibuang.

Sepanjang kehamilannya, luka pembedahan tidak sembuh dengan baik. Akhirnya anak yang ditunggu-tunggu lahir secara normal. Berminggu-minggu selepas berpantang, luka bersalin masih juga belum baik sepenuhnya. Kasihan.

Saya cadangkan padanya Vivix pada bulan Januari. Alhamdulillah, maklum balas yang sangat baik daripada beliau. Vivix mempunyai polifenol, sejenis antioksidan yang membantu menyokong fungsi sel dan mengurankan inflamasi jika diambil secara konsisten.

colorful autumn foliage

Betapa besarnya pengorbanan seorang wanita yang melahirkan. Hargailah wanita di dalam hidup anda.

Dapatkan Vivix dengan harga berpatutan untuk kesihatan anda. Hubungi saya di nombor 013-6820482.

ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

Advertisements

One thought on “5 Tips Luka Pembedahan Cepat Sembuh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s